Tuesday, April 19, 2011

Tuaran Oh Tuaran! [REPOST]

Salam.

Hello kawan2 semua. Apa khabar? Dah makan? Kalau belum, p makan skrg. Haha. first time aku intro mcm ni Ok, kali ni aku mau cerita korang tentang Tuaran.

Mau tau Tuaran tu apa? nda mau bleh blah Tuaran ni adalah salah satu daerah yang terdapat di Sabah. Hanya daerah kecil. Aku saja mau cerita korang pasal Tuaran ni sebab aku menjalani latihan praktikal di sini selama 2 bulan.

Benda yang aku suka di Tuaran ni nda banyak. Sebab nda sesibuk daerah di kampung halaman aku di Keningau. Di sini bangunan kedai nya agak banyak. Tapi yang aku rasa pelik kenapa kedai2 di Tuaran ni tutup awal. Jam 7 atau jam 8 boleh nampak dah pintu kedai2 itu ditutup. Hanya restoran2, kedai2 dan supermarket2 tertentu saja yang masih buka time tu.

Kalau nak p makan kat area Tuaran ni, aku suka p makan di Medan Selera dengan kawan2. Makan di sana memang sedap. Pelbagai juadah disediakan. Hehe. Harga pun berpatutan. Boleh tambah lauk banyak2, tapi harga pun bertambah la. Haha.

Tapi sebelum ni, di Tuaran ni ada 1 benda ja yang diorang banned, actually bukan banned tapi diorang nda jual. Iaitu AIS, diorang nda jual ais disebabkan Tuaran ni ada kes kolera / penyakit unta taun. Jadi kalau minta Milo ais (di Sabah kami panggil Milo Ping. Hahaha.), nda terasa la jawabnya. Nda la juga sampai kempunan. Di rumah pun boleh bikin. Hehe.

Setiap hujung minggu, adalah hari tamu di pekan Tuaran. Jadi, pelbagai macam la barang yang diorang jual. Antaranya, kuih muih, minuman, sayur2, toys, barang keperluan di rumah, pelbagai macam aksesori, dan yang paling aku suka, diorang juga jual pakaian bundle. Memang murah2 pakaian bundle diorang. Tapi ada hari tu aku beli mahal pula. nda pandai pilih kali aku ni?

Jom tengok gambar.

Tokong Cina Tuaran


Taman Buaya Tuaran
G-Mart Tuaran. Paling manang!
Tamu Tuaran
Kawan2 cakap di sini ada taman buaya, tapi belum berkesempatan p sana. Stay di Tuaran selama 2 bulan ni best gak la. Ada juga pelbagai macam kenangan (betul ka ayat aku tu?). Walaupun makan kitaorang di sini cukup2 makan ja. Hehe. Ok la, cukup untuk kali ni. Aku penat ni, nak tidur. Haha.

Selamat beristirehat.

Eh, tapi sebelum tu aku nak tanya. Betul ka di Tuaran ni ada orang pernah nampak UFO?

Hehe. Ok, chiaow!


Monday, April 18, 2011

What?! I'm Going To India? For Free? [REPOST]

Cerita ni sebenarnya heboh pada hari Jumaat minggu lalu, tapi aku nda kira. Aku mau post juga. 

Jadi, sekali lagi..


What?! I'm going to India? Huh, biar betul ni? Macam nda percaya ni. Hehe. Tapi kebenarannya memang betul aku akan berangkat ke India pada bulan Julai ni.

Buat apa p sana? Heh. Aku dan kawan2 aku dihantar p sana untuk menjalankan sesi latihan praktikal. Actually pengajian aku di Masterskill ni akan berakhir pada bulan Mei ni, tapi tiba2 pula pihak kolej buat decision untuk meng'extend'kan tempoh pengajian kami di Masterskill ni.

Diorang kata MQA yang request untuk kami diberi latihan praktikal sekali lagi. Dengar kata, diorang nda yakin dengan student Masterskill yang akan graduate lepas ni. (boleh ke diorang handle patient kat hospital nnt? dah konfiden ke?)

Ramai la juga kawan2 yang nda puas ginjal hati bila dengar yang tempoh pengajian kitaorang akan di'extend'kan sehingga bulan September tahun ni. Tapi bila Masterskill bagi tau yang diorang akan provide 'full sponsor' untuk next praktikal session kat India ni, ramai yang lembut hati. konon. Hanya student Physio batch kami (Batch 0804) ja yang diberi peluang macam ni. 

Ada gak junior kami dapat tawaran untuk posting di Jakarta, tapi diorang kena bayar sendiri. Masterskill nda sponsor. Kira semester ni la kitaorang dapat 'layanan' baik (baik ke?) dari Masterskill berbanding sebelumnya.

Kami dibahagikan kepada 2 group, 1 group posting di area Kovai dan group lagi 1 posting di area Chettinad. Aku dapat kat Chettinad. Memang banyak la preparation nak kena buat sebelum pegi praktikal kat India tu. So, aku harap segala berjalan dengan lancar la bila dah posting kat sana. Insya allah. Buat pertama kali, aku nak ucap.. TERIMA KASIH MASTERSKILL!

 

Tuesday, April 12, 2011

Kelebihan Ayat Kursi. [REPOST]

Pada post kali ni, aku ingin kongsikan artikel yang aku baca tentang kelebihan / khasiat ayat kursi. Ayat kursi ni banyak kelebihannya jika kita amalkan dalam kehidupan kita seharian. 
 
Sebelum itu, terdapat beberapa perihal / perkara yang perlu kamu ketahui mengenai ayat kursi ini ; 

Monday, April 11, 2011

Life's Brief Candle. Greatest Shakespeare Poem Of All Time. [REPOST]


To-morrow, and to-morrow, and to-morrow,
Creeps in this petty pace from day to day
To the last syllable of recorded time,
And all our yesterdays have lighted fools
The way to dusty death. Out, out, brief candle!
Life's but a walking shadow, a poor player
That struts and frets his hour upon the stage
And then is heard no more: it is a tale
Told by an idiot, full of sound and fury,
Signifying nothing..

rexx : teringat pula time sekolah dulu2. b'poem ramai2 satu kelas. hehe. 


Sunday, April 10, 2011

Sentuh Anjing Haram? [REPOST]

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada ko memegang anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah… ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : “Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat..

Sekarang dah boleh nampakkan sebesar mana haram anjing berbanding kekasih yang bukan mahram.

rex in HD :  sama2 kita renungkan dan fikirkan.

Saturday, April 9, 2011

REX is back! [REPOST]


Huh. Lama betul aku nda update blog ini. Maka, izinkan aku untuk meng-intro sekali lagi. Haha.

Ini disebabkan aku terlalu busy dengan hal-hal kolej aku (al-maklumlah pelajar kan). Dari saat itu juga, aku semakin menyepikan diri dari dunia blog. Tp aku plan nak buat comeback.